TechSemut Malaysia

Huawei potong Apple, kali pertama tumbang lepas 8 tahun

Huawei potong Apple, kali pertama tumbang lepas 8 tahun

Ogos 01
21:15 2018
Share Button

Huawei memecut dalam perlumbaan telefon pintar apabila memintas Apple di tangga kedua bagi pasaran global pada suku kedua tahun ini.

Berdasarkan laporan IDC iaitu agensi penyelidik teknologi, syarikat China tersebut kini berada di belakang Samsung yang masih kekal nombor satu dengan jualan sebanyak 71.5 juta unit manakala Huawei pula 54.2 juta unit.

Menurut IDC dalam laporan IDC Worldwide Quarterly Mobile Phone Tracker, Apple kini mengeluarkan keseluruhan 41.3 juta iPhone iaitu 12.1% daripada pasaran global berbanding Samsung (20.9%) dan Huawei (15.8%).

Ia adalah kali pertama Apple jatuh di bawah ‘Top 2’ sejak 2010.

“Peningkatan Huawei sangat mengagumkan. Sebelum ini memang ramai tidak mengenalinya namun sebaliknya berlaku sekarang,” kata Ryan Smith, naib presiden program IDC Worldwide Quarterly Mobile Phone Tracker.

Bagaimanapun, iPhone melakukan yang terbaik dari aspek nilai jualan dengan iPhone X membantu menyumbang kepada angka lebih besar dari sudut keuntungan Apple.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com