Huawei Sudah Mengeluarkan 200 Juta Peranti Pintar Setakat Ini

Huawei hari ini mengumumkan mereka telah berjaya mengeluarkan 200 juta peranti pintar setakat ini. Angka pengeluaran yang tinggi ini dicapai 64 hari lebih awal berbanding tahun 2018 yang berlaku pada 24 Disember.

Sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat nampaknya tidak menghalang Huawei dari melepasi angka tahun lalu. Tetapi persoalan utama pada waktu ini adalah Huawei akan mampu mengekalkan pengeluaran peranti pada tahun hadapan dengan peranti yang tidak dilengkapi GMS. Amerika Syarikat dipercayai tidak akan melanjutkan tempoh lesen sementara yang membenarkan Huawei berurusan dengan syarikat dari negara mereka. Ia akan berakhir 19 November 2019 kelak.

Impak sekatan sudah dapat dilihat pada Mate 30 Pro yang tidak menyokong GMS sehingga sukar digunakan oleh pelanggan tempatan yang amat bergantung kepada perkhidmatan Google.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.