Berita Menarik

Huawei tak heran Amerika Syarikat

Pembaca : 8
0 0
Share Button

Hasrat Huawei untuk menguasai pasaran telefon pintar dunia tidak akan terhalang hanya dengan kekangan penjualan produknya di Amerika Syarikat yang merupakan salah satu pasaran terbesar di dunia.

Amerika Syarikat tidak membenarkan Huawei memasuki pasaran telefon pintar di negara berkenaan.

Walaubagaimanapun, Huawei menegaskan ia sama sekali tidak bimbang kerana ketiadaan pasaran Amerika Syarikat.

Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Jualan Huawei, Jim Xu, berkata tumpuan utama Huawei adalah untuk membawa produk terbaik kepada pengguna apatah lagi, Huawei mempunyai pasaran yang baik di luar Amerika Syarikat, terutama di Eropah.

“Kami melabur banyak di Eropah, dan penguasaan pasaran kami kini hampir dengan angka 1. ya betul, kami hampir menjadi nombor satu sebagai pengeluar telefon pintar terbesar di Eropah,” katanya.

Tambahnya, terdapat pertumbuhan yang baik di United Kingdom dan negara-negara yang berbahasa Inggeris lain tetapi kami juga tumbuh bagai cendawan di rantau Afrika Selatan,” kata Jim.

Jim percaya dengan semua inovasi Huawei, pengguna akan dapat menentukan fon mana yang terbaik. Huawei sendiri kini merupakan penjual telefon pintar nombor tiga di dunia dan menguasai pasaran China.

“Pertimbangan kami yang paling penting adalah untuk membawa produk terbaik dengan cuba memberi nilai sebenar kepada pengguna, yang akan membuat pilihan,” kata Jim.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.