Huawei Y5 Prime 2018 telah diumumkan pada pertengahan Mei lalu dengan spesifikasi peranti kelas permulaan. Bagi yang menantikannya di Malaysia, peranti ini telah dilancarkan di Malaysia hari ini pada harga RM 490 sebuah. Ia turut dilengkapi skrin memanjang FullView Display walaupun dijual pada harga mampu milik.

Ia dilengkapi skrin 5.45″ IPS LCD HD+, dijana pemproses Snapdragon 450, memori sebesar 2GB RAM, storan sebesar 16GB, kamera utama 13-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan bateri sebesar 3020 mAh. Ia menggunakan Android 8.1 dengan pelancar EMUI 8.1. Terdapat sokongan kad MikroSD sehingga 256GB bagi yang memerlukan storan tambahan. Di Malaysia ia ditawarkan dalam warna hitam dan biru.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.