Huawei Y7p Dengan Bateri 4000mAh, Kamera 48MP Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Huawei telah mula menawarkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan. Selain daripada Huawei Nova 7i, kini pihak Huawei Malaysia turut telah mula mengacah kehadiran satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Y7p.

Huawei Y7p

Huawei Y7p hadir dengan skrin 6.39-inci, dijana cip Kirin 710F, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan sensor utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP, selain kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Melalui penyenaraian Huawei, mereka turut mengatakan peranti ini tidak menyertakan Google Play Store, dan menawarkan Huawei App Gallery sebagai alternatif.

Buat masa ini, harga jualan Huawei Y7p masih tidak diumumkan lagi. Kita mungkin mendengar mengenainya dalam beberapa hari lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*