Huawei Y9 2019 Kini Rasmi – Hadir Dengan Kecerdasan Buatan Yang Lebih Berkuasa

Huawei Y9 mula diperkenalkan pada Mac 2018. Ia dijana dengan Kirin 659 dan menggunakan skrin tanpa takuk yang mempunyai ‘dahi’ dan ‘dagu’ yang tebal. Hari ini, Huawei melancarkan warisnya iaitu Huawei Y9 2019 dengan janaan cip Kirin 710 dan skrin bertakuk.

Huawei Y9 2019 menggunakan panel 6.5-inciFullView Display‘ dengan kemasan lengkung 3D. Memori dan storan pula terdapat pilihan daripada 4/64 GB atau 6/128 GB. Terdapat empat kamera, dwi-lensa utama adalah 16+2 megapixel, kamera swafoto pula 13+2 megapixel dan sistem kameranya dioptimasikan dengan kecerdasan buatan. Bateri pula adalah 4000mAh.

Huawei kali ini, dilihat memfokuskan pada kecerdasan buatan yang lebih intensif kerana – Huawei Y9 2019 turut dikuasakan dengan AI Power 7.0 yang akan memberikan pengguna pengalaman penggunaan yang lebih baik. Selain itu, seperti kebanyakan telefon pintar Huawei yang lain – Huawei Y9 2019 turut dikuasakan dengan GPU Turbo untuk prestasi permua yang lebih hebat. Menurut Huawei, sistem pengimbas cap jari yang digunakan adalah dari Fingerprint 4.0 dengan hanya 0.3 saat untuk nyahkunci.

Jika dilihat, sekali imbas HUawei Y9 2019 kelihatan seakan Huawei Nova 3i dengan kamera swafoto yang sedikit lemah. Tiada informasi lain seperti tarikh pemasaran atau harga jualan diberikan. Kita mungkin akan ketahui pada masa yang terdekat ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.