Huawei Y9s Di Malaysia Bermula 29 November Pada Harga RM999

Huawei Y9s Di Malaysia

Huawei Y9s Di Malaysia

Huawei menambah satu lagi model mampu milik untuk pasaran tempatan iaitu Huawei Y9s. Ia akan mula dijual bermula 29 November ini dengan harga RM999.

Huawei Y9s menawarkan skrin penuh tanpa takuk bersaiz 6.59 inci dengan resolusi 1080 x 2340 pixel. Kamera hadapanya menggunakan mekanisma pop-naik dengan lensa 16 Megapixel.

Kamera utama pula menampilkan tiga sensor dengan lensa utama 48 Megapixel, lensa sudut lebar 8 Megapixel dan lensa portrait 2 Megapixel.

Peranti ini dijana dengan pemproses Hisilicon Kirin 710F, 6GB RAM serta 128GB memori dalaman. Slot tambahan microSD juga disediakan yang boleh di isi sehingga 512 GB.

Huawei Y9s akan ditawarkan bermula 29 November 2019 dengan harga RM999. Pembeli terawal akan menerima Huawei Band 4 secara percuma.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.