IBM: Cip Apple M1 Akan Menjimatkan Apple Lebih Dari RM10 Bilion

Peralihan dari cip X86 ke ARM oleh Apple adalah satu perkara yang berani dan tidak dinafikan agak berjaya. Bayangkan, sudah lama Microsoft bereksperimen dengan ARM tetapi tidak berjaya. Cubaan dengan Surface Pro X juga dilihat agak hambar. Maklum balas awal pengguna dan pengulas produk-produk Apple M1 dilihat memberangsangkan. Banyak aplikasi mula menyokongnya, pilihan menggunakan Rosetta dan ketahanan bateri yang gila hebat.

Apple M1

Terkini, seorang eksekutif IBM telah membuat analisa mengenai peralihan Apple dari Intel X86 ke ARM. Menurut beliau, Apple boleh menjimatkan kos sebanyak $2.5 bilion, iaitu lebih dari RM10 bilion dengan penggunaan cip ini. Beliau membuat kiraan yang kos membuat MacBook M1 adalah lebih murah dari MacBook Intel.

Anggaran kos cip pemprosesan Apple M1 adalah sekitar $40-$50, Intel Core i5 dwi-teras adalah skeitar $175-$200 dan Intel Core i5 empat-teras adalah sekitar $225-$250. Dalam kiraan anggaran jika Apple menghasilkan 14 juta unit MacBook untuk kedua-dua model, Apple jimat banyak tetapi masih menjual pada harga asas yang sama dengan model sebelum.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*