IBM Mengambil-Alih Syarikat Sumber Terbuka Terkemuka, Red Hat

IBM merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena perkomputeran – terutamanya memfokuskan perusahaan. Hari ini, mereka membuat kejutan dan mengumumkan yang mana IBM akan mengambil-alih syarikat sumber terbuka terkemuka, iaitu Red Hat.

IBM mengambil-alih Red Hat pada nilai mencapai $34 bilion, iaitu sekitar RM141 bilion.

Dengan pengambil-alihan ini, IBM dilihat terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena perusahaan dan juga penawaran perkomputeran awan. Red Hat sendiri sedia popular dengan penawaran sistem operasi Linux, selain menawarkan khidmat latihan dan nasihat kepada syarikat.

Pengambil-alihan ini dijangka menerima pengesahan pihak berkuasa menjelang awal tahun 2019 kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.