Taman tergantung Babylon ialah antara tujuh keajaiban dunia purba yang puingnya masih boleh dilihat di Iraq. Menurut legenda, taman ini mendapat namanya kerana tumbuh-tumbuhan yang ditanam berlingkar pada struktur bangunan yang dibina secara teres. Ia mungkin tidak lagi wujud tetapi di Virginia, ibu pejabat terkini Amazon kelak akan mengambil inspirasinya darinya.

Rekaan ibu pejabat Amazon di Arlington, Virginia telah diperlihatkan baru-baru ini oleh firma NBBJ. Ia berbentuk seperti pokok Krismas dengan taman diletakkan pada bahagia sisi bangunan. Kakitangan Amazon boleh berjalan ke puncak bangunan menggunakan taman hijau ini.

Dari jauh bangunan setinggi 22 tingkat yang diberi gelaran The Helix ini akan menjadi tumpuan untuk kompleks ibu pejabat yang mempunyai ruang lantai sebesar 2.8 juga kaki persegi. Menara ini sahaja mempunyai ruang lantai sebesar 370,000 kaki persegi.

Selain menempatkan pejabat Amazon, ia turut dilengkapi sebuah taman awam sebesar 2.5 ekar, pusat perniagaan, pusat komuniti, pusat jagaan kanak-kanak dan restoran untuk menampung keperluan setempat. Menara The Helix akan dibuka kepada orang ramai dan turut menjadi tempat bekerja golongan artis yang ditaja oleh Amazon.

Rekaan kaca sepenuhnya membenarkan cahaya semula jadi menerangi ruang dalaman. Ini mengurangkan kos operasi bangunan yang dijana sepenuhnya dari sumber yang lestari. Kompleks ibu pejabat Amazon ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.