TechSemut Malaysia

IKEA Memperlihatkan Speaker Pintar Symfonisk Yang Dihasilkan Dengan Kerjasama Sonos

IKEA Memperlihatkan Speaker Pintar Symfonisk Yang Dihasilkan Dengan Kerjasama Sonos

IKEA Memperlihatkan Speaker Pintar Symfonisk Yang Dihasilkan Dengan Kerjasama Sonos
Jun 09
02:10 2018

April lalu IKEA melancarkan pembesar suara Bluetooth Eneby mereka yang pertama. Ini ialah percubaan pertama gergasi perabot ini dalam penghasilan aksesori audio. Terkini mereka telah memperlihatkan prototaip speaker pintar Symfonisk mereka yang dihasilkan dengan kerjasama Sonos.

Symfonisk direka untuk digunakan dengan perabot-perabot IKEA sedia ada. Ia boleh dimasukkan dengan mudah ke dalam sistem para Billy dan Kallax. Ia turut dengan mudah boleh disambungkan kepada sistem dapur Metod dan Kungfors. Speaker-speaker pintar di bawah keluarga Symfonisk ini dikawal menggunakan WiFi menerusi aplikasi Sonos. Oleh itu ia boleh dipadankan dengan sistem audio Sonos lain seperti Sonos One.

IKEA berharap dengan pelancaran Symfonisk, sistem audio multi-bilik pintar akan menjadi lebih mampu milik. Ia adalah sebahagian daripada program IKEA Home Smart bagi memudahkan pelanggan mempunyai rumah pintar dengan pelbagai peranti berhubung.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com