Iklan Tulisan Tangan Steve Jobs Gagal Dijual Kerana Tidak Mencapai Nilai Dilelong

Minggu lalu kami melaporkan bahawa sekeping iklan untuk Apple-I yang ditulis sendiri oleh mendiang Steve Jobs akan dilelong oleh rumah lelongan Sothebys. Malang sekali pada hari lelongan yang berlangsung dua hari yang lalu, iklan ini gagal mencapai nilai minimum $60,000 (~RM 283,000) yang diminta.

Ia hanya mencapai nilai lelongan $28.000 (~RM 116,000) dan oleh sebab itu tidak dijual oleh pemilik. Iklan ini unik kerana ditulis sepenuhnya oleh mendiang Jobs ketika masih lagi melakukan operasi Apple di dalam garaj rumah beliau yang terletak di Los Altos California. Sejak kematian beliau, pelbagai memorabilia bersejarah yang menerima sentuhan Jobs mula mendapat perhatian peminat. Empat tahun yang sebuah Apple-I dengan komponen yang disadur sendiri oleh beliau dan Wozniak berjaya dilelong pada harga melebihi RM 2 juta ringgit.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.