Illegear Melancarkan Komputer Riba Onyx Pro Dan Selenite Pro Untuk Mereka Yang Inginkan Komputer Gaming Yang Premium Dan Berkuasa

Illegear, jenama komputer riba yang berasal dari Malaysia hari ini hadir dengan kemaskini kepada dua daripada komputer riba popular mereka, iaitu Illegear Onyx dan juga Illegear Selenite.

Kedua-dua komputer riba tersebut kini hadir dengan penjenamaan Illegear Onyx Pro dan juga Illegear Selenite Pro, dimana mereka hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aloi magnesium yang lebih ringan dan kuat.

Onyx Pro hadir dengan paparan hampir nirbingkai Infinivision yang bersaiz 15.6 inci, manakala Selenite Pro dilengkapi dengan paparan sama yang bersaiz 17 inci, dimana kedua-dua paparan ini hadir dengan kadar segar semula sepantas 240Hz. Jika anda mendapatkan model Illegear Onyx Pro, anda juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan paparan Samsung OLED dengan resolusi 4K.

Kedua-dua komputer riba ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-9750H, memori DDR4 yang boleh dinaiktaraf sehingga 32GB dan storan SSD PCIe sebanyak 500GB yang boleh dinaiktaraf ke jumlah storan yang lebih besar jika diperlukan.

Dari segi pilihan kad grafik pula, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 ataupun NVIDIA GeForce RTX 2070 versi desktop. Menyejukkan komponen-komponen berkuasa in ialah sistem penyejukan empat paip dan dua kipas yang terbina didalam yang memastikan anda tidak menghadapi isu thermal throttling apabila bermain permainan komputer kegemaran anda.

Menurut Illegear, model Onyx Pro ialah setebal 18mm, dan hanya seberat 1.5kg, manakala model Selenite Pro setebal 19mm dan mempunyai berat 2kg.

Kedua-dua komputer riba Illegear Onyx Pro dan Selenite Pro ini sudah boleh dibeli melalui laman web Illegear ataupun di kedai mereka yang terletak di Oval Damansara pada harga-harga berikut:

Illegear Onyx Pro:

  • RTX 2060, 240Hz – RM6499
  • RTX 2060, 4K – RM7298
  • RTX 2070, 240Hz – RM7598
  • RTX 2070, 4K – RM8379

Illegear Selenite Pro:

  • RTX 2060, 144Hz – RM6699
  • RTX 2060, 240Hz – RM7098
  • RTX 2070, 144Hz – RM77798
  • RTX 2070, 240Hz – RM8197

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.