iMac Pro Bakal Hadir Pada Penghujung Tahun Ini – Mac Paling Berkuasa Setakat Ini

Desas-desus mengenai iMac Pro telah kedengaran sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini Apple pada acara WWDC mengesahkan perkara berkenaan, dan mengatakan ia bakal hadir pada penghujung tahun ini.

iMac Pro dikatakan Apple sebagai komputer Mac paling berkuasa pernah dihasilkan oleh mereka. Ia hadir dengan cip pemprosesan Xeon sehingga 18-teras, selain dilengkapi dengan kad grafik terbaru Radeon Vega.

Apple iMac Pro

Apple iMac Pro

Melengkapkan iMac Pro ini juga adalah skrin 27-inci dengan resolusi 5K, sokongan realiti-maya, storan SSD sehingga 4TB, sehingga 128GB memori ECC, empat port Thunderbolt 3, dan kebolehan menghubungkan kepada dua paparan 5K pada masa yang sama.

Apple akan menawarkan iMac Pro di Amerika Syarikat bermula bulan Disember ini pada harga $4999 iaitu sekitar RM21,313 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Apple iMac Pro

Apple iMac Pro

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.