Internet Movie Database (IMDb) ialah laman yang digunakan oleh penggemar filem untuk mendapatkan maklumat mengenai filem, siri tv, pelakon dan pelbagai trivia menarik. Pangkalan data filem yang boleh diperolehi adalah amat berguna bagi mereka yang mahu menggelar diri mereka sebagai peminat tegar layar perak.

Antara fungsi yang diberikan kepada pengguna ialah forum untuk berbincang tentang topik tertentu. Ia sudah berfungsi sejak 2001 dan akan akhirnya dihentikan pada 20 Februari depan. Menurut IMDb, mereka menghentikan fungsi forum kerana ia tidak lagi “memberikan pengalaman positif kepada majoriti 250 Juta pengguna” laman mereka. Pada waktu yang sama mereka menyedari pengguna kini lebih banyak menggunakan platform media sosial berbanding forum untuk berbincang tentang filem kegemaran mereka.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.