Imej Pengolokan Lenovo Z5 Tertiris Menunjukkan Kamera Pada Bahagian Dagu

Lenovo Z5 akan dilancarkan pada  5 Jun ini dan adalah peranti yang mempunyai rekaan bezel yang nipis. Berdasarkan beberapa imej acah yang dikongsi selama ini, ia tidak mempunyai takuk dan hadir dengan storan sehingga 4TB. Sebuah imej pengolokan telah tertiris hari ini menunjukkan rekaan kamera swafoto yang unik.

Kamera swafoto Z5 nampaknya terletak pada bahagian tengah dagu peranti. Peranti ini masih lagi mempunyai dagu yang nipis pada bahagian bawah. Sebelum ini Xiaomi Mi MIX 2S turut meletakkan kamera pada bahagian dagu kerana tiadanya ruang pada pada bahagian atas peranti. Ramai pembaca Amanz tidak menggemari rekaan skrin bertakuk tetapi apa pula pendapat anda mengenai rekaan seperti ini?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.