Huawei Mate X2 akan menjadi peranti skrin boleh-lipat generasi ketiga dari Huawei. Dari poster pelancaran yang tertiris beberapa hari lalu, ia mengesahkan penggunaan rekaan baharu yang lebih mirip Galaxy Z Fold2. Hari ini @evleaks meniriskan pula beberapa imej pengolokan rasmi menerusi akaun Voice beliau.

Ya memang sah Mate X2 akan meminjam rekaan Galaxy Z Fold2. Skrin kini melipat ke dalam dengan sebuah lagi skrin sekunder di bahagian luar. Perbezaan terletak pada lubang kamera lebih besar pada Mate X2 di bahagian luar dan tiada kamera pada skrin boleh-lipatnya. Turut dapat dilihat ialah pengguna kuad-kamera utama lengkap dengan sistem zum periskop serta penjenamaan dari Leica.

Satu lagi perubahan utama ialah bahagian engsel yang tidak mempunyai panel “tulang belakang” seperti Z Fold2. Akhir sekali nampaknya Mate X2 akan ditawarkan dalam empat pilihan warna. Setakat ini yang diketahui ialah peranti akan menggunakan cip Kirin 9000 yang menjana Mate 40 Pro tahun lalu.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.