Berita Menarik

Imej Pengolokan Rasmi LG V30 Tertiris

Pembaca : 14
0 0

Bagi mereka yang kecewa denga LG G6 yang hanya menggunakan pemproses Snapdragon 821, LG V30 ialah peranti utama sebenar yang amat dinantikan pelancarannya hujung bulan ini. Pelbagai maklumat mengenai peranti ini telahpun dikongsikan oleh LG dan juga tertiris lebih awal. Hari ini imej pengolokan rasmi V30 tertiris ke arena web menerusi @evleaks.

Seperti yang telah diketahui, tiada lagi skrin sekunder pada bahagian atas skrin utama digunakan. Sistem dwi-kamera pada bahagian belakang sedikit berbeza dengan flash kini di sisi bukan di antara dua lensa. Bezel skrin 6″ FullVision V30 juga lebih kecil berbanding pada G6.

Peranti ini juga akan menjadi yang pertama menggunakan lensa f/1.6 yang diperbuat sepenuhnya daripada kaca. LG V30 akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos hadapan.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.