Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Watch 3 Tertiris

Sebelum ini beberapa kali imej Samsung Galaxy Watch 3 telah tertiris.  Hari ini akhirnya imej pengolokan rasmi jam tangan pintar ini telah ditiriskan oleh @evleaks. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Galaxy Watch 3 mengembalikan semula sistem kawalan bezel berputar.

Imej yang tertiris ini menunjukkan penggunaan tali jam yang diperbuat daripada bahan yang kelihatan seperti kulit. Kami tidak boleh mengesahkan ia benar-benar kulit tetapi Samsung pernah menawarkan tali jam kulit rasmi sebelum ini. Seterusnya ialah dua butang kawalan sisi yang lebih besar berbanding biasa. Ini membuatkan Galaxy Watch 3 lebih kelihatan seperti jam biasa. Akhir sekali boleh juga dilihat sensor pengimbas nadi optikal pada bahagian belakang jam.

Tarikh pelancaran Galaxy Watch 3 masih belum diketahui tetapi dikhabarkan mungkin seawal Julai ini dengan dua pilihan saiz 42mm dan 44mm. Seperti kesemua jam tangan pintar Samsung, Galaxy Watch 3 akan menggunakan sistem operasi Tizen.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*