Xiaomi Redmi 6 dan 6A telah dilancarkan pada 12 Jun yang lalu Minggu hadapan pula giliran Redmi 6 Pro pula akan dilancarkan. Imej pengolokan rasmi telefon pintar ini telahpun dikongsi oleh pihak Xiaomi menerusi laman Weibo.

Setakat ini yang diketahui adalah ia akan dilengkapi skrin 5.84″ bertakuk dengan nisbah 19:9, dijana pemproses Snapdragon 624 dan bateri sebesar 400 mAh. Terdapat sistem dwi-kamera pada bahagian belakang dan sistem pengecasan menggunakan port MikroUSB. Yang pasti ia pastinya lebih berkuasa berbanding Redmi 6 yang menggunakan pemproses Helio P22.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.