Xiaomi Mi 11 Lite telahpun melepasi laman SIRIM minggu lalu menunjukkan pelancarannya semakin hampir. Yang menjadi misteri hanyalah rekaannya sahaja dengan spesifikasi juga telahpun tertiris. Kini imej pengolokan peranti ini telahpun tertiris menunjukkan ia hampir sukar dibezakan dari Mi 11.

Perbezaan hanyalah pada skrin yang rata dan bezel yang lebih tebal pada bahagian bawah dagu. Rekaan bonggol kamera adalah sama dengan tri-kamera utama pada bahagian hadapan sementara itu sebuah kamera swafoto diletakkan dalam lubang kamera.

Peranti ini adalah dari kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 732G dan tiada sokongan rangkaian 5G. Selain Mi 11 Lite, Mi 11 Pro juga akan dilancarkan. Mi 11 Pro akan menjadi peranti yang unik tahun ini kerana bonggol kamera gergasi dan skrin sekunder pada panel belakang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.