OnePlus 9 Pro masih belum diketahui bilakah akan dilancarkan secara rasmi tetapi rekaannya bukan lagi misteri kerana sudah beberapa kali tertiris ke arena web. Hari ini imej sebenar akhirnya tertiris dan tidak mengejutkan ia amat mirip dengan peranti Oppo Reno5 Pro.

Persamaan terletak pada skrin besar dengan dwi-lengkung pada bahagian sisi. Penggunaan lubang kamera swafoto juga dikitar semula pada OnePlus 9 Pro. Bonggol kamera berbentuk segi empat juga sama cuba konfigurasi kuad-kamera yang berubah. Dua lensa kecil dipadankan dengan dua lensa kecil. Seperti OnePlus 8 Pro, OnePlus 9 Pro dijangka mengekalkan sistem zum telekop dan sensor khas untuk warna.

Dengan Reno5 Pro menggunakan cip MediaTek Dimensity 1000+, OnePlus 9 Pro besar kemungkinan menggunakan cip Snapdragon 888 yang lebih mercu serta berkuasa.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.