India semalam mengharamkan 47 lagi aplikasi yang dari China. Majoriti aplikasi baharu yang diharamkan adalah klon kepada 59 aplikasi yang telah diharamkan pada bulan Jun kerana didakwa menjadi ancaman kepada keselamatan negara,

Antara aplikasi yang dimasukkan ke dalam senarai baharu ini ialah Tiktok Lite, SHAREit Lite dan BIGO LIVE Lite. Pembangun tidak boleh menggunakan aplikasi klon atau versi lite untuk memintas pengharaman yang dikenakan oleh pihak berkuasa India. Perbalahan di antara tentera India dan China di pergunungan Himalaya menyebabkan tindakan ini diambil.

Selain menyebabkan aplikasi popular seperti TikTok dan Mobile Legend tidak lagi boleh diakes, ia turut memberikan kesan ke atas pengilangan produk di India kerana komponen perlu diimport dari China.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.