Nilai kriptowang seperti Bitcoin, Ethereum dan sebagainya mememperlihatkan peningkatan dan penurunan nilai yang sangat mendadak kebelakangan ini, dan oleh itu, terdapat banyak pendapat mengenai penggunaannya.

Kerajaan India adalah salah satu daripada mereka yang mempunyai pendapat yang agak pesimis mengenainya. Ia telah dilaporkan bahawa kerajaan tersebut sedang mempertimbangkan pengharaman kriptowang seperti Bitcoin, dan sebagai ganti, akan membangunkan sistem kriptowang mereka sendiri.

Ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini berlaku di negara tersebut. Pada tahun 2018, kerajaan India telah mengatakan bahawa kriptowang tidak boleh dijadikan matawang yang sah digunakan, walaupun ia boleh digunakan sebagai satu cabang pelaburan.

Pertimbangan untuk pembangunan kriptowang rasmi India ini cukup menarik, dan dilihat jika berjaya, akan mencipta sebuah kriptowang yang jauh lebih stabil nilainya berbanding Bitcoin dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.