Menerusi Projek KF-X, Korea Selatan ingin membangunkan pesawat tempur generasi ke-4.5 dengan teknologi tempatan sepenuhnya. Ini selari dengan visi Korea Selatan yang ingin mempunyai sistem persenjataan yang masih boleh diteruskan sekiranya negara diserang oleh Korea Utara. Pada tahun 2010, Indonesia bersetuju untuk menjadi rakan kongsi dengan pelaburan awal sekitar 800 bilion Won (~RM2.9 bilion).

Tetapi menurut laporan Yonhap News minggu ini, kedua-dua negara ingin kembali ke meja rundingan untuk membincangkan masa depan penglibatan Indonesia dalam projek ini. Indonesia pada asalnya bersetuju menanggung 20% kos projek yang bernilai 8.8 trillion won (~RM32 bilion). Namun begitu selepas melaburkan 227.2 billion won, menghentikan pembayaran kepada Korea Selatan dengan tunggakan bayaran telah mencecah 600 billion won.

Pembinaan prototaip pertama dimulakan September 2020 dengan sasaran ia akan diperlihatkan pada April 2021. Dengan masa depan kerjasama projek yang agak samar berikutan ura-ura Indonesia akan menarik diri, Korea Selatan mungkin terpaksa meneruskan projek seorang diri. Sebab penarikan diri berlaku besar berkemungkinan berkait dengan kos projek yang terlalu tinggi dan Indonesia menunjukkan minat untuk membeli sahaja Dassault Rafale dari Perancis.

Korea Selatan masih mengekalkan sasaran penerbangan pertama dilakukan pada tahun 2022 dengan 120 unit digunakan oleh Tentera Udara Republik Korea Selatan menjelang 2032.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.