Berita Menarik

Ini Adalah Antara Lawak Kreatif April Fool Daripada Syarikat Teknologi Untuk 2017

Pembaca : 18
0 0

Tarikh 1 April sering dikaitkan dengan hari April Fool – dimana pelbagai syarikat teknologi sering hadir dengan lawak jenaka kreatif masing-masing pada hari ini. Sejak daripada awal pagi tadi, beberapa lawak kreatif telah hadir, dan melalui artikel ini kami mengumpulkan kesemuanya untuk rujukan anda.

Samsung Exynos Yoga – Cip Untuk Peranti Fleksibel

Samsung Exynos Yoga

Samsung sedia terkenal dengan penawaran cip pemprosesan dibawah nama Exynos. Pelbagai peranti keluaran Samsung menggunakannya, selain turut digunakan oleh Meizu pada produk mereka. Kini, dengan beberapa konsep peranti fleksibel di pasaran, Samsung bersempena dengan 1 April ini mengumumkan cip pemprosesan berbentuk fleksibel mereka, dinamakan Exynos Yoga.

Acer Predator Zero – Komputer Riba Tanpa Sebarang Port

Acer Predator Zero

Pada hari ini, port pada komputer riba adalah suatu perkara yang penting untuk menghubungkan aksesori seperti tetikus, pengecas, pemacu USB, kabel LAN, dan sebagainya. Untuk jenaka April Fool daripada Acer, mereka hadir dengan konsep Predator Zero yang mana merupakan komputer riba tanpa sebarang port. Walaupun ia kelihatan sebagai suatu jenaka pada hari ini, perkara ini tidak mustahil pada suatu hari nanti.

Google Gnome

Google telah menawarkan Google Home, sebuah peranti yang menjawab dan berinteraksi dengan pengguna di rumah sejak daripada tahun lepas. Untuk jenaka Google Gnome, ia membawa konsep untuk suatu Google Home yang dioptimasikan untuk persekitaran terbuka diluar rumah – dan menjawab pelbagai persoalan seperti cuaca, tiupan angin, pertanyaan mengenai tumbuhan dan sebagainya.


10 jam lepas

(April Fool) Lexus Lane Valet – Membawa Kereta Perlahan Di Lebuhraya Ke Lorong Sepatutnya

Ketika memandu di lebuhraya, terutamanya pada lorong laju, salah satu perkara yang tidak disukai pemandu adalah apabila ada kenderaan yang memandu perlahan dan tidak berada di lorong sepatutnya. Menyedari perkara ini, pengeluar kereta mewah, Lexus hadir dengan idea Lexus LC : Lane Valet. Seperti jenaka April Fool lain, ini adalah idea daripada pengeluar kenderaan mewah […]


11 jam lepas

(April Fool) Honda Hadir Dengan Bunyi Hon Emoji Untuk Interaksi Antara Pemandu

Emoji kini telah menjadi salah satu bahasa komunikasi antara ramai pengguna seluruh dunia. Dan untuk jenaka April Fool tahun ini, Honda hadir dengan idea bunyi hon emoji. Melalui apa yang dipertontonkan oleh Honda, mereka menyertakan beberapa butang emoji tambahan pada stering kenderaan, memudahkan anda menyampaikan perasaan anda antara pemandu lain dengan menekannya. Setiap butang emoji […]


12 jam lepas

(April Fool) Google Maps Kini Menawarkan Permainan Ms Pac-Man

Google sering hadir dengan beberapa idea yang menarik dan pelik bersempena dengan 1 April atau turut dikenali ramai sebagai hari April Fool. Walaubagaimanapun, untuk Google Maps tahun ini, mereka dilihat mengitar semula idea tahun 2015 yang lepas, dan memperkenalkan permainan Ms Pac-Man. Seperti permainan Pac Man, pengguna akan mengawal watak Pac-Man dalam mengumpulkan markah selain […]


Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.