Ini Adalah Gambar Apple Store Terapung Di Permukaan Air Di Singapura

Apple sedia mengesahkan mereka bakal membuka Apple Store ketiga di Singapura tidak lama lagi. Berbeza dengan Apple Store sebelum ini, kedai fizikal terbaru Apple ini hadir dengan rekaan unik.

Apple Singapura

Ia membawakan rekaan berbentuk bulat, dan ia terapung di permukaan air. Dengan rekaan berasaskan kaca, ia sekaligus membenarkan cahaya semula jadi measuki ruang kedai sepanjang masa.

Apple Singapura

Ketika waktu malam pula, ia akan menyala seperti sebuah tanglung yang sinonim dengan masyarakat Cina sejak Dinasti Tang.

Buat masa ini, Apple Store terbaru ini masih belum dibuka. Tetapi, pembinaannya telah pun selesai, dan dijangka akan dibuka dalam waktu terdekat ini – dan semestinya ia akan menjadi salah satu tarikan pelancong dan peminat Apple seluruh dunia.

Apple Singapura

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*