Berita Menarik

Ini Adalah Jam Tangan GPS Termurah Boleh Beli Dalam Pasaran

Pembaca : 11
0 0
Share Button

WeLoop Hey 3S adalah sebuah jam tangan kecergasan yang lengkap dengan pelbagai ciri-ciri menarik serta kalis air sehingga 50 meter. Ia diedarkan di Malaysia oleh Olike Malaysia yang turut menjadi pengeluar aksesori rasmi untuk OPPO Malaysia.

Hey 3S membaluti pergelangan tangan penggunanya dan menjejaki aktiviti seharian tanpa henti.  Pada bahagian belakang jam ini ada penjejak denyutan nadi. Untuk merekod lokasi, sensor GPS dibina di dalam jam yang menerima isyarat GPS/GLONASS untuk merakam laluan yang dilalui semasa bersenam.

Jam ini disambung pada telefon pintar (Android/iOS) melalui sambungan Bluetooth 4.0 BLE. Selain paparan peka sentuhan, dua butang pada kedua-dua sisi jam ini berfungsi sebagai butang navigasi.

Hey 3S boleh berfungsi selama 30 hari dengan sekali cas ataupun 25 jam jika fungsi GPS diaktifkan secara terus menerus.

WeLoop Hey 3S dijual pada harga RM499 dan akan mula dijual bermula 31 Ogos 2017 di semua kedai konsep OPPO seluruh Malaysia.

Terdapat juga model Hey 3S yang lebih murah iaitu XH3. Ia miliki fungsi yang sama seperti Hey 3S cuma fungsi GPS tiada dan ia dijual pada harga RM399.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.