Pengguna komputer riba terdiri daripada pelbagai golongan. Ada yang menggunakannya untuk tugasan harian biasa, dan ada juga yang membuat tugasan berat seperti suntingan video, gambar serta ada juga yang menggunakan untuk bermain permainan video. Tetapi alangkah lebih baik jika dengan sebuah komputer riba sahaja, ia boleh memenuhi keperluan untuk pelbagai kegunaan. Bagi anda yang sedang mencari sebuah komputer riba yang boleh digunakan untuk produktiviti harian dan dalam masa yang sama inginkan prestasi yang baik untuk bermain permainan video, komputer riba Lenovo Legion Slim 7i dan beberapa ekosistemnya yang lain adalah peranti yang patut anda letak dalam senarai pilihan.

Lenovo Legion Slim 7i merupakan sebuah komputer riba yang mempunyai spesifikasi yang cukup baik untuk kegunaan permainan video. Ia juga beroperasi menggunakan Windows 10 Home yang mana ia mempunyai fungsi penjimatan bateri, sokongan Cortana, pelayar web Microsoft Edge, fungsi Windows Hello dan banyak lagi yang boleh digunakan untuk membantu anda meningkatkan produktiviti harian. Malah, rekaannya juga tidak keterlaluan untuk digunakan di pejabat kerana ia nipis, ringan untuk sebuah komputer riba gaming dan mudah untuk dibawa keluar bermesyuarat. Hal ini adalah kerana komputer riba ini merupakan komputer riba gaming 15 inci dengan sokongan GeForce RTX™️ yang paling ringan di dunia. Malah beratnya pula kurang daripada 1.9kg yang mana ia dikatakan 20% lebih ringan berbanding komputer riba yang lain dengan rekaan saiz skrin yang sama. Komputer riba ini juga agak nipis, iaitu 17.9mm sahaja. Jadi ia sangat sesuai untuk dibawa bermesyuarat dan juga bermain permainan video dalam masa yang sama.

Skrinnya bersaiz 15.6 inci dan ia boleh dibuka sehingga 180 darjah. Sekiranya anda pemain permainan video tegar, anda boleh pilih skrin dengan resolusi FHD bersama kadar segar semula 144Hz. Dolby Vision™️ juga turut membantu komputer riba ini untuk memaparkan pewarnaan yang lebih tajam dan jitu. Jadi, ia memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih lancar, cantik dan menyeronokkan.

Dari segi kebolehan grafik, Lenovo Legion Slim 7i ini dibina dengan kad grafik NVIDIA®️ GeForce RTX™️ 2060 Max-Q bersama cip pemprosesan Intel®️ Core™️ i7-10750H. Melaluinya, paparan grafik pada skrin akan menjadi lebih cantik, dan sekiranya anda bekerja sebagai penyunting video, kad grafik ini juga dapat membantu anda untuk membuat suntingan dengan lebih laju dan kurang masalah lengah masa. Dibantu pula dengan ruangan storan yang besar, iaitu dengan 1TB SSD bersama memori 8GB Soldered DDR4-2933 + 8GB SO-DIMM DDR4-2933, sudah tentu komputer riba ini tidak menjadi masalah jika digunakan untuk membuat suntingan berat dan juga bermain permainan video. Ditambah pula dengan sistem audio Dolby Atmos®️ dengan Sound Radar daripada Dolby™️, tentunya dapat memberikan pengalaman audio yang lebih menyeronokkan.

Bercakap mengenai sistem pengecasan pula, komputer riba ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 71Wh dan boleh dicas menggunakan penyesuai kuasa 230W Slim Tip. Ia juga menyokong untuk membuat pengecasan sehingga 100Watt dan boleh dicas menggunakan kabel pengecasan jenis C yang anda gunakan untuk telefon pintar biasa. Ini sekaligus memudahkan anda untuk membawa kelengkapannya kemana sahaja kerana ia lebih ringan. Menurut Lenovo, komputer riba ini boleh mengecas 50% bateri dalam masa 30 minit sahaja melalui teknologi pengecasan pantas mereka. Komputer riba ini juga menyokong teknologi NVIDIA Advanced Optimus yang mampu untuk memanjangkan penggunaan bateri sehingga 8 jam penggunaan.

Setiap komputer riba gaming semestinya memerlukan sistem penyejukkan yang baik. Hal ini kerana, apabila anda bermain permainan video dalam masa yang lama, ia akan mengeluarkan haba yang panas. Haba yang panas ini boleh melambatkan operasi komputer riba anda kerana CPU dan GPU akan mengehadkan kelajuan seterusnya membuatkan bingkai sesaat (FPS) menjadi rendah. Apabila FPS menjadi rendah, ia akan membuatkan grafik tersekat-sekat dan tidak lancar. Lebih teruk sekiranya haba panas ini menyebabkan komputer riba anda tergendala secara tiba-tiba dan anda perlu mematikan dan menghidupkannya semula. Ini jelas sekali akan mengganggu prestasi anda untuk bermain permainan video. Oleh sebab itu, Lenovo menyertakan sistem Legion Coldfront 2.0 yang mana melalui fungsi ini ia akan membantu untuk mengurangkan haba pada komputer riba. Jadi, anda boleh bermain permainan video dalam masa yang lama dengan lebih lancar.

Bagi anda yang berminat, komputer riba ini boleh dibeli pada harga bermula RM7599 melalui pengedar rasmi Lenovo. Berita baik untuk anda sekiranya membeli Lenovo Legion Slim i7 (Intel®️ Core™️ i7) sebelum 31 Mac 2021, anda berpeluang untuk menerima beg galas gaming Legion dan juga perisian Microsoft Office Home & Student 2019 yang telah siap dipasang yang bernilai RM529. Melalui pemasangan ini, produktiviti harian anda dapat ditingkatkan kerana pelbagai tugasan dapat diselesaikan dengan lebih lancar. Jadi, dapatkan Lenovo Legion Slim 7i bersama hadiah mereka sekarang sementara stok masih ada.

Layari: Laman Rasmi Lenovo Untuk Maklumat Lanjut Lenovo Legion Slim 7i

Selain komputer riba Lenovo Legion Slim 7i ini, anda juga boleh padankannya dengan fon kepala Lenovo Legion H500 Pro 7.1 Surround Sound dan juga tetikus gaming Lenovo Legion M600. Bagi set fon kepala gaming Lenovo Legion H500 Pro 7.1 Surround Sound, ia berbaloi untuk dibeli pada harga RM419 kerana ia dilengkapi dengan sistem audio yang sedap didengar dan masa pendam (latency) yang rendah. Lenovo Legion M600 pula merupakan tetikus nirwayar dengan kadar responsif 2.4GHz, atau boleh disambungkan melalui sambungan BlueTooth 5.0 atau juga kabel USB 2.0. Ia dilengkapi dengan ketahanan bateri sehingga 200 jam penggunaan dengan sensor sehingga 16,000 DPI. Ini menjadikkanya lebih pantas bergerak dan tepat. Sekiranya anda berminat, ia boleh didapati pada harga RM309 sahaja melalui laman rasmi Lenovo atau pengedar rasmi mereka.

Layari : Laman Rasmi Lenovo Untuk Maklumat Lanjut Lenovo Legion H500 Pro 7.1 Surround Sound

Layari : Laman Rasmi Lenovo Untuk Maklumat Lanjut Tetikus Gaming Lenovo Legion M600

Selain komputer riba dan aksesorinya, Lenovo juga mempunyai telefon pintar gaming mereka tersendiri, iaitu Lenovo Legion Phone Duel. Telefon pintar ini dijana dengan cip Snapdragon 865+ 5G, bersaiz 6.59 inci FHD+ AMOLED, grafiknya dibantu oleh Qualcomm Adreno 650 dengan kadar segar semula 144Hz dan mempunyai kapasiti bateri 5000mAh. Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM3399 untuk model dengan memori 12GB RAM bersama 256GB storan, dan RM3999 untuk model dengan memori 16GB RAM bersama storan 512GB. Tetapi, ada berita baik untuk anda kerana anda berpeluang untuk membeli Lenovo Legion Phone Duel ini dengan pengurangan harga sehingga RM300. Ini membolehkan anda untuk memiliki telefon pintar ini pada harga RM3099 sehingga RM3699. Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana harga promosi ini sudahpun bermula sekarang sehingga 31 Mac 2021 kelak.

Layari: Laman Rasmi Lenovo Untuk Maklumat Lanjut Lenovo Legion Phone Duel

Melalui penawaran-penawaran daripada Lenovo ini, produktiviti harian anda akan menjadi lebih lancar. Komputer riba Lenovo Legion Slim 7i dapat meningkatkan produktiviti harian anda untuk membuat suntingan dengan lebih lancar. Malah ia juga cukup berkuasa jika digunakan untuk bermain permua. Ditambah pula dengan bantuan fon kepala Lenovo Legion H500 Pro 7.1 Surround Sound dan tetikus nirwayar Lenovo Legion M600, ia sememangnya dapat memberi anda kepuasan dan keseronokkan apabila bermain permainan video. Namun sekiranya anda ingin bermain permua melalui telefon pintar juga, anda boleh bermain melalui Lenovo Legion Phone Duel. Keempat-empat peranti ini sudah tersedia di pasaran tempatan. Jadi sekiranya anda berminat, boleh dapatkannya melalui laman rasmi Lenovo atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial daripada Lenovo Malaysia

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.