Sony WF-1000XM3 ialah fon telinga nirwayar terawal yang menyokong sistem pembatalan hingar aktif ANC. Bermula dengan inovasi Sony, kini di pasaran ciri ANC adalah dianggap wajib terutamanya pada TWS yang berkelas mercu. Selepas dua tahun, Sony nampaknya sudah bersedia untuk menawarkan model kemas kini tahun ini selepas rekaannya tertiris di laman Reddit.

Imej di bawah menunjukkan satu dari dua putik audio untuk Sony WF-1000XM4. Ia kelihatan lebih kecil tetapi mengekalkan rekaan dalam telinga pada model terdahulu. Selain imej di atas, rekaan kotaknya juga tertiris menunjukkan WF-1000XM4. boleh bertahan selama 6 jam dengan sekali caj dan tambahan 18 jam dari pod pengecas.

Secara tradisinya Sony mengumumkan peralatan audio baharu pada bulan Ogos tetapi tahun ini mungkin pelancaran  WF-1000XM4 akan diawalkan kerana tidak dilakukan ketika IFA Berlin.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.