Ini Mungkin Rekaan AirPods Baharu Dengan Pembatalan Hingar Aktif

Pelancaran AirPods tiga tahun yang lalu menjadi bahan jenaka kerana rekaannya yang dipandang aneh. Tetapi Apple kini ketawa girang ke bank kerana AirPods ialah fon telinga nirwayar sebenar yang memegang peratusan pasaran yang terbesar. Sungguhpun begitu AirPods kini sedikit ketinggalan kerana tidak menyokong sistem pembatalan hingar aktif (ANC).

Ura-ura AirPods dengan ANC mula didengari tahun lalu. Kini rekaannya mungkin telah tertiris selepas ikonnya ditemui di dalam iOS 13.2 Beta. AirPods generasi ketiga ini adalah dari jenis dalam-telinga. Hanya dengan sambungan kedap sistem ANC dapat berfungsi dengan sempurna. Rekaan yang sama boleh dilihat pada fon telinga Sony WF-1000XM3 yang dilancarkan Julai lalu.

Beberapa gambar yang tertiris di laman Slashleaks sebelum ini menunjukkan rekaan pod simpanan dan fon telinga ini tetapi dipercayai hanya sekadar prototaip.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.