Awal pagi tadi kami melaporkan bahawa Huawei memfailkan tanda dagang untuk penggunaan nama Huawei Mate V. Kerana penggunaan nama yang berbeza, ia pastinya bukan peranti yang sama seperti Mate X yang dilancarkan sebelum ini sekaligus menimbulkan spekulasi sebuah peranti boleh-lipat baharu akan dilancarkan kelak.

Menerusi laman TigerMobiles sebentar tadi, paten rekaan peranti boleh lipat baharu dari Huawei telah tertiris. Seperti yang dapat anda lihat sendiri, ia adalah peranti yang lebih kecil dan bakal bersaing dengan Galaxy Z Flip.

Peranti mempunyai rekaan kamera menegak pada bahagian luar. Di bawahnya mungkin diletakkan skrin mini untuk memaparkan notifikasi yang diterima. Bergerak ke dalam skrin nampaknya bertakuk dengan lubang untuk gagang telinga pada bahagian atas. Pada posisi tertutup, ia mempunyai rekaan engsel yang sama seperti Galaxy Z Flip tanpa engsel burung helang seperti pada Mate X sebelum ini.

Richard Yu yang merupakan ketua pegawai eksekutif Huawei pernah berkata dalam masa terdekat peranti skrin boleh-lipat akan menjadi rekaan pilihan  dalam masa lima tahun apabila harga jualannya menjadi lebih mampu milik. Mungkin dengan Mate V kelak, ini akan menjadi realiti.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.