PUTRAJAYA, 15 Mac – Kerajaan akan kaji semula inisiatif Pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 bagi mengubah struktur industri bekalan elektrik negara.

Ia berikutan pelaksanaan inisiatif MESI 2.0 memberi kesan besar kepada pengguna bekalan elektrik di Semenanjung.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam satu kenyataan menjelaskan, kajian semula inisiatif itu bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan pengguna, mesra rakyat dan tidak menambah bebanan kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang.

MESI 2.0 akan dikaji semula dengan memberi penekanan kepada aspek lebih mesra rakyat dan fokus kepada persediaan industri bekalan elektrik negara untuk menghadapi cabaran daripada kemunculan teknologi disruptif khususnya membabitkan sumber tenaga boleh baharu seperti solar.

Keadaan tersebut penting supaya ia selari dengan keutamaan kerajaan memberi tumpuan untuk memulihkan ekonomi negara kesan pandemik COVID-19 serta meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.