Injap Jantung Buatan Yang Membesar Dengan Tubuh Penerima Kanak-Kanak Kini Realiti

Masalah jantung kongenital menyebabkan pesakit perlu menjalani pembedahan bagi menggantikan injap jantung. Pada pesakit kanak-kanak, mereka perlu menjalani sehingga lima pembedahan untuk menggantikan injap jantung buatan manusia sebelum dewasa kerana prostesis yang digunakan sekarang tidak membesar dengan tubuh. Tetapi Boston Children’s Hospital telah berjaya menghasilkan injap buatan pertama yang membesar dengan tubuh penerima.

Dengan penggunaan injap baharu ini, penerima tidak perlu lagi menjalani lebih dari satu pembedahan jantung yang memerlukan rusuk dibuka. Ini meningkatkan risiko jangkitan serta tempoh pemulihan yang lama. Sebaliknya untuk membesarkan saiz bukaan injap, juru bedah hanya perlu memasukkan belon ke dalam arteri. Jenis pembedahan sama sama seperti rawatan angioplasty yang digunakan untuk membesarkan saluran darah yang sempit.

Pada waktu ini ujian yang dilakukan ke atas kambing menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Sekiranya kesemua ujian berjalan lancar, ujian pada tubuh manusia akan dilakukan dalam masa dua tahun. Selain mengurangkan jumlah pembedahan jantung yang perlu dilalui pesakit, injap buatan yang membesar ini turut akan mengurangkan kos rawatan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*