TechSemut Malaysia

Instagram Didapati Memberikan Kesan Terburuk Ke Atas Kesihatan Mental Anak-Anak Muda

Instagram Didapati Memberikan Kesan Terburuk Ke Atas Kesihatan Mental Anak-Anak Muda

Instagram Didapati Memberikan Kesan Terburuk Ke Atas Kesihatan Mental Anak-Anak Muda
Mei 22
08:24 2017

Media sosial memudahkan perkongsian kehidupan harian dan merapatkan hubungan silaturahim. Tetapi pada waktu yang sama seperti mata pedang, ia turut boleh mendatang kesan negatif kepada pengguna sekiranya digunakan dengan salah. Laporan terbaru dari Royal Society for Public Health (RSPH) di United Kingdom meletakkan Instagram sebagai aplikasi yang memberikan kesan terburuk terhadap kesihatan mental anak muda.

Pihak RSPH melakukan kajian terhadap 1500 individu di antara umur 14 hingga 24 tahun. Mereka mendapati Instagram memberikan kesan paling negatif diikuti oleh Snapchat. Facebook dan Twitter. Hanya YouTube didapati memberikan kesan positif kepada penggunanya.

Antara kesan impak negatif Instragam ialah memaparkan dunia fantasi yang tidak dapat dinikmati pengguna. Akibatnya mereka murung kerana kehidupan yang tidak mewah dan sempurna seperti individu di Instagram. Kesan paling buruk ialah pada pengguna remaja wanita yang tertekan dengan imej-imej tubuh sempurna yang dihasilkan menggunakan Photoshop. Ini menjurus kepada masalah seperti anorexia dan bulemia.

Pihak RSPH menyarankan platform media sosial untuk mengambil tindakan untuk mengurangkan impak negatif dengan meletakkan amaran pada imej-imej yang telah dimanipulasi secara digital.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com