Facebook sebelum ini telah diperkatakan sedang membangunkan pesaing Clubhouse mereka tersendiri, sekaligus memperlihatkan lebih ramai memasuki arena memfokuskan audio. Terbaru, melalui kod pembangunan awal, ia dilihat Instagram sedang membangunkan sebuah ciri sembang audio tersendiri.

Melaluinya, pengguna boleh memulakan bilik perbualan audio mereka tersendiri, menambah rakan dan bersembang dengan yang lain – lebih kurang seumpama panggilan video atau teks yang sedia terdapat pada Instagram, tetapi kali ini ia hanya memfokuskan kepada audio sahaja.

Jikalau mengikut penawaran Instagram sebelum ini, ia dilihat lebih kepada perbualan peribadi sahaja, dan bukannya ditawarkan dalam bentuk bilik terbuka seumpama Clubhouse.

Penemuan kod oleh pembangun ini adalah selari dengan apa yang Instagram pernah mengatakan sebelum ini, dimana mereka menyasarkan pengenalan ciri audio baru pada platform mereka dalam bulan-bulan akan datang.

Dengan penambahan ciri ini, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak perkhidmatan lain turut menambah ciri perbualan atau sembang audio tersendiri?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.