Berita Menarik

Instagram Kini Membolehkan Anda Menambah Lagu Pada Perkongsian Instagram Stories Anda

Pembaca : 10
0 0

Dengan populariti Instagram Stories yang semakin meningkat dari hari ke hari, pihak Instagram turut menyertakan pelbagai bentuk perkongsian baru pada Stories. Hari ini, perkhidmatan sosial berkenaan mengumumkan pengenalan sokongan muzik pada Instagram Stories.

Melalui ciri baru ini, pengguna boleh menambah “sticker” berbentuk muzik pada perkongsian Stories – sekaligus membolehkan pengguna menambah lagu latar pada perkongsian mereka.

Instagram Stories Music

Untuk menambahnya, pengguna hanya perlu melihat ikon muzik pada bahagian “Stickers”, memilihnya, dan kemudian membuat carian lagu yang dikehendaki sebelum menambah ia pada Stories anda.

Seperti biasa, pengenalan ini juga bakal membawa kepada bentuk perkongsian Stories yang baru – termasuk dimana pengguna akan mimik seumpama menyanyikan lagu berkenaan.

Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini untuk pengguna Instagram di Android dan iOS. Instagram mengatakan ia akan ditawarkan dibeberapa buah negara sahaja untuk peringkat permulaan ini – berkemungkinan kerana faktor perlesenan lagu dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.