TechSemut Malaysia

Instagram Kini Membolehkan Anda Muat-Naik Gambar Melalui Pelayar Web Di Telefon

Instagram Kini Membolehkan Anda Muat-Naik Gambar Melalui Pelayar Web Di Telefon

Instagram Kini Membolehkan Anda Muat-Naik Gambar Melalui Pelayar Web Di Telefon
Mei 08
23:45 2017

Facebook sedia memfokuskan kepada pasaran negara-negara membangun melalui pelbagai aplikasi versi “Lite” mereka untuk perkhidmatan seperti Facebook, Messenger dan sebagainya. Kini, mereka turut melaksanakan perkara sama untuk Instagram, tetapi bukan melalui sebuah aplikasi khusus, tetapi sebaliknya melalui penggunaan pelayar web pada peranti mudah-alih.

Sehingga sebelum ini, versi Instagram pada web hanya menawarkan kebolehan untuk melayari perkongsian gambar, meninggalkan komen dan juga “Like” sahaja. Kini, ia berubah dengan Instagram menambah sokongan keboelhan muat-naik gambar ke web. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad untuk pelayar web melalui peranti mudah-alih sahaja dan bukannya melalui desktop. Walaubagaimanapun, seperti biasa, anda boleh mengubah paparan pelayar web desktop anda kepada peranti mudah-alih dan memuat-naik melaluinya.

Instagram Web

Menurut Instagram, perubahan baru ini menyasarkan kepada pengguna di negara-negara membangun yang tidak mempunyai rangkaian yang pantas atau ruangan storan besar pada telefon untuk memuat-turun aplikasi Instagram.

Dengan penawaran ini, sesiapa sahaja, tanpa mengira platform sistem operasi yang digunakan, boleh memuat-naik gambar ke Instagram terus melalui pelayar web seperti Chrome, Safari, Opera Mini dan sebagainya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Instagram Lite ini akan diperkenalkan dalam bentuk aplikasi atau tidak. Sebelum ini, Twitter juga turut telah memperkenalkan Twitter Lite dalam bentuk versi web sahajaj, dan bukannya sebagai sebuah aplikasi khusus.

Bagi anda yang ingin mencuba kebolehan muat-naik melalui Instagram.com ini, boleh membukanya pada pelayar web di telefon anda, dan mencubanya sendiri hari ini.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com