Instagram sebelum ini telah menarik aplikasi Instagram Lite untuk Android, sebelum menerbitkannya kembali melalui pengenalan versi baru pada Disember lepas. Selepas diperkenalkan secara terhad, hari ini, aplikasi Instagram Lite turut telah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Instagram Lite diperkenalkan dengan fokus terhadap negara-negara membangun yang mempunyai capaian internet terhad atau perlahan. Instagram Lite juga hadir dengan saiz kurang 2MB – sekaligus sesuai dengan sejumlah peranti dengan storan dan juga memori yang rendah.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Instagram Lite hari ini, dan menikmati penggunaan Instagram yang lancar pada peranti berspesifiikasi rendah, atau pada capaian internet yang perlahan.

Muat-Turun Instagram Lite untuk Android

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.