Instagram Mematikan Tab “Following” – Tidak Lagi Boleh Melihat Aktiviti Rakan Yang Lain

Instagram sebelum ini telah mengumumkan bakal mematikan sokongan tab “Following” pada aplikasi mereka, sekaligus memberikan lebih privasi kepada pengguna – dan pada masa yang sama mengelak rakan-rakan lain melihat apakah yang sedang dilakukan oleh mereka.

Lanjutan daripada perkongsian awal minggu ini, melalui kemaskini Instagram terbaru, ciri berkenaan tidak lagi disertakan. Perubahan ini dilakukan secara berperingkat, dan sejumlah pengguna sudah mula melihat ciri berkenaan hilang pada aplikasi mereka.

Buat masa ini, pada tab “Activity”, ia hanya memperlihatkan aktiviti berkaitan dengan anda – dimana anda boleh melihat siapakah pengguna baru yang mengikuti anda, siapa yang meninggalkan komen, dan aktiviti anda di Instagram seperti “Like”.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan dengan perubahan baru ini?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.