Instagram Memperkenalkan Ciri Perkongsian Kandungan Baru Dinamakan “Guide”

Instagram kini dilihat telah menambah satu lagi ciri perkongsian baru pada aplikasi mereka, dinamakan “Guides”. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi kisah atau jalan cerita atau perkongsian bergambar bersama sedikit penulisan – terus pada platform tersebut.

Kini, apabila anda ingin melakukan perkongsian, anda boleh memilih untuk mencipta “Guide”.  Seterusnya, anda boleh memilih tiga format berbeza – iaitu untuk perkongsian memfokuskan lokasi, produk atau hanya perkongsian umum berdasarkan gambar yang pernah anda kongsikan.

Instagram Guide

Dengan ciri ini juga, anda boleh kumpulkan pelbagai perkongsian anda – menambah kisah disebaliknya, dan berkongsi dengan rakan-rakan dan pengikut lain.

Bersama-sama dengan pengenalan ini juga, sebuah ikon “Guide” ditambah pada profil pengguna selepas melakukan perkongsian melalui ciri baru ini.

Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, sudahkah anda menerima ciri baharu ini?

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*