Kesihatan mental mendapat perhatian lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ramai tidak biasa terperangkap lama di dalam rumah tanpa kemampuan untuk keluar dengan bebas. Walaupun PKPB memberikan kelonggaran, impaknya ke atas kesihatan mental masih dapat dirasai kerana kini ramai pula kehilangan sumber pendapatan. Di Instagram mereka ingin memudahkan pencarian sumber yang sahih bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental. Oleh itu ciri Guides diperkenalkan pada beberapa akaun terpilih.

Menerusi Guides, pengguna boleh mendapatkan senarai panduan berkenaan kesihatan. Pemilik akaun boleh mengumpulkan video mengenai teknik menenangkan diri contohnya ke dalam Guides. Ia boleh diakses pada laman profil beberapa pemangkin media sosial yang terkenal dengan kandungan berunsur kesihatan sahaja pada waktu ini. Dalam masa beberapa mendatang, Guides akan turut boleh diakses menerusi tab Explore pada laman serta aplikasi Instagram.

Sekiranya anda ingin melihat apa yang ditawarkan Guidse, sila ke akaun @afspnational@heads_together@vitaalere@klicksafe@headspace_aus@deepikapadukone@sudahdong dan @eenfance  dan menekan ikon berbentuk buku pada profil mereka.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.