Facebook hari ini mengumumkan pengenalan ciri Live Rooms pada Instagram, yang membolehkan para penggua untuk strim secara langsung bersama tiga rakan mereka yang lain pada sesuatu masa.

Ini meningkatkan lagi bilangan pengguna yang boleh bercakap atau bersama ketika penstriman langsung sesuatu masa melalui Instagram Live berbanding sebelum ini yang terhad kepada hanya 2 orang sahaja.

Dengan langkah ini juga, ia dijangka pengguna akan turut hadir dengan sejumlah bentuk kandungan dan perbincangan kreatif pada Instagram Live.

Ciri Live Rooms ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia di Instagram.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.