Instagram Memperkenalkan Nametag – Memudahkan Anda Mengimbas Dan Mengikuti Rakan Baru

Instagram hari ini telah memperkenalkan sebuah ciri baru yang dinamakan Nametag, dimana melaluinya ia akan memaparkan sebuah tanda khas untuk setiap akaun pengguna, sekaligus membolehkan rakan lain untuk mengimbas dan menambah akaun anda.

Instagram Nametag

Dengan langkah ini, ia akan menjadikan rakan anda lebih mudah untuk menambah dan mengikuti akaun anda – berbanding keperluan untuk melakukan carian dan mengikutinya sebelum ini.

Untuk menggunakan ciri baru ini, pengguna hanya perlu ke profil anda, menekan pada bahagian menu (tiga garisan yang dipaparkan pada penjuru kanan akaun), dan seterusnya memilih Nametag. Anda boleh mengimbas atau memaparkan Nametag anda melalui bahagian ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.