Instagram hari ini telah menambah satu lagi ciri baru pada perkhidmatan perkongsian gambar mereka, yang mana membolehkan pengguna berkongsi Instagram Stories melalui permesejan terbina mereka iaitu Instagram Direct.

Instagram Stories

Kini, apabila menonton sesuatu Instagram Stories, pengguna boleh menekan pada butang perkongsian Direct, dan menghantar ia kepada rakan-rakan lain di Instagram.

Seperti biasa, pengguna yang anda hantarkan itu perlu melihatnya sebelum tempoh masa Stories berkenaan tamat dan dipadamkan daripada laman Instagram.

Bagi anda yang kerap menggunakan Instagram, mungkin boleh mencuba ciri berkenaan pada aplikasi Instagram hari ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.