Banyak kes akaun Instagram digodam berlaku pada masa kini. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, pihak Instagram telah menambaik ciri keselamatan akaun pengguna dengan memperkenalkan pengesahan dwi-faktor (two-factor authentication). Ciri keselamatan baharu ini menjadikan akaun Instagram pengguna menjadi lebih selamat dan mengelak akaun daripada digodam.

Dengan mengaktifkan pengesahan dwi-faktor ini , pengguna perlu memasukkan kod setiap kali ingin log masuk ke akaun Instagram mereka. Kod akan diberikan melalui sms atau boleh dapatkan ‘backup codes’ untuk disimpan dan boleh digunakan.

Untuk mengaktifkan ciri keselamatan pengesahan dwi-faktor ini, pergi ke ‘Options’ pada profile anda dengan menyentuh ikon ‘gear’

dan pilih ‘two-factor authentication’ untuk mengaktifkan ciri keselamatan baharu ini.

SUMBER: INSTAGRAM

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.