Instagram, platform perkongsian gambar yang sangat popular, kini dilihat telah mengemaskini aplikasi iPhone mereka, dan menambah sokongan perkongsian gambar ProRAW yang dirakamkan melalui iPhone 12 Pro dan juga iPhone 12 Pro Max.

Untuk makluman, pengguna iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max boleh menikmati format gambar ini melalui kemaskini iOS 14.3. Melaluinya, ia menawarkan sokongan rakaman gambar RAW yang ditambah dengan ciri fotografi berkomputasi – sekaligus menghasilkan gambar yang lebih cantik dan kemas.

Dengan kemaskini baru pada Instagram untuk iPhone ini, ia membolehkan pengguna memuat-naik gambar ProRAW terus melalui aplikasi mereka.

Apa pun, buat masa ini, rakaman gambar ProRAW masih belum disokong pada Instagram, dan memerlukan pengguna menggunakan kamera iPhone, sebelum memuat-naiknya melalui Instagram.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.