Instagram Menentang Pembuli Atas Talian Menggunakan Pembelajaran Mesin

Media sosial digunakan oleh lebih separuh manusia di dunia. Ramai menggunakan Instagram untuk berkongsi aktiviti harian dengan pengikut. Tetapi media sosial ini dipenuhi pembuli atas talian yang sentiasa mencari kesilapan orang untuk menjadi bahan hiburan. Bagi mengurangkan pembulian atas talian yang menggunakan gambar, Instagram mengumumkan sistem tapisan berasaskan pembelajaran mesin.

Sistem ini mengesan imej-imej yang mungkin mengandungi unsur membuli. Sebagai contoh gambar yang membezakan dua insan berbeza dengan harapan memancing komen yang berunsur negatif. Imej yang dikesan akan kemudian akan dihantar kepada moderator manusia untuk tindakan lanjut. Dengan sistem automatik ini pengesanan dapat dilakukan awal sebelum menjadi tular. Sebelum ini pembelajaran mesin digunakan untuk menapis kandung membuli dalam bentuk tulisan.

Instagram turut mengumumkan penapisan kandungan berbentuk buli, kecaman dan lucah ketika menggunakan Instagram Live. Sebelum memulakan penstriman, pengguna boleh mengaktifkan penuras automatik atau memasukkan senarai perkataan yang ingin ditapis.

Dengan pengenalan dua sistem ini, masalah pembulian atas talian yang semakin serius di Instagram dapat dikekang. Ia diaktifkan sempena Oktober menjadi bulan anti pembuli di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.