Pada bulan Jun yang lalu Instagram mula berkongsi fungsi melakukan pembelian terus menerusi Stories. Hari ini ia telah diaktifkan kepada semua pengguna di seluruh dunia. Menerusi fungsi Shopping In Stories, akaun perniagaan boleh meletakkan pautan produk yang ingin dijual pada Stories yang dimuat naik. Apabila ditekan, maklumat lebih lanjut dan pautan ke laman web bagi melakukan pembelian akan dipaparkan.

Turut dilancarkan hari ini ialah Shopping in Explore yang memaparkan akaun dengan fungsi membeli belah terus dari tab Exlore. Akaun yang dipaparkan akan dipilih mengikut tabiat pengguna anda. Tidak seperti Shopping in Stories, fungsi Shopping in Explore akan diaktifkan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.