Instagram sebelum ini telah mempopularkan ciri Stories, dimana pengguna perlu tap ke kiri dan kanan untuk melihat perkongsian pengguna. Tidak lama selepas itu, TikTok pula dilihat telah mempopularkan penggunaan kaedah menatal atas dan bawah untuk melihat kandungan – yang mana boleh dikatakan lebih mesra pengguna dan diminati ramai.

Terbaru, Instagram kini dilihat sedang menguji kaedah interaksi lebih kurang sama seperti TikTok tetapi pada Stories – dimana pengguna boleh menatal atas dan ke bawah untuk melihat perkongsian rakan-rakan.

Instagram mengatakan kini ciri berkenaan pada peringkat pembangunan dan sedang diuji secara dalaman. Dengan kaedah interaksi menatal atas bawah yang digunakan pada kebanyakkan aplikasi hari ini, tidak mustahil kita melihat ia diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari kaedah interaksi dengan tap ke kiri dan kanan, atau menatal atas dan bawah?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.